February 19, 2016

Remaja ditemui lemas


Kuala Nerus: Remaja lelaki ditemui lemas selepas mandi di kolam takungan air di Kampung Padang Nenas, di sini, lewat petang ini.

Muhamad Ikhwan Ismail, 14, dipercayai mandi di kolam berkenaan bersama rakannya, kira-kira 6 petang.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Toyibbah Taib berkata, remaja itu ditemui orang awam pada 6.40 petang.

“Sebaik sampai di lokasi, bomba membantu menaikkan mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

myMetro 18 Februari 2016


Remaja 14 tahun ditemui lemas di kolam takungan air

KUALA NERUS - Seorang remaja ditemui  mati lemas selepas dipercayai mandi di kawasan kolam takungan air di tapak Bandar Baharu Kuala Nerus di Kampung Padang Nenas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Muhamad Ikhwan Ismail, 14,  dipercayai ke kawasan yang dalam pembinaan itu bersama sekumpulan rakan yang lain untuk mandi.

Difahamkan, tidak lama selepas turun untuk mandi, mangsa yang beralamat di Taman Akasia Gong Badak tiba-tiba lemas dan usaha rakan-rakan yang lain untuk menyelamatkannya tidak berjaya.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Toyibbah Taib berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 6.12 petang, sepasukan 12 anggota termasuk Pasukan Bomba Bantuan Kuala Nerus dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, mayat mangsa telah berjaya ditemui pada jam 6.39 petang oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

"Pasukan bomba membantu menaikkan mangsa yang di temui di dasar ke atas tebing, namun telah disahkan meninggal dunia,"katanya.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudain diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Selain itu, Toyibbah turut menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan larangan berkenaan kerana ia bukan kawasan untuk aktiviti riadah.

Sinar Harian 18 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment