February 25, 2016

Remaja curi barang kemas nenek demi teman lelaki

KUANTAN - Seorang gadis sanggup mencuri barang kemas milik neneknya sebelum diserahkan kepada teman lelaki untuk dijual di sebuah kedai dengan harga RM1,000.

Perbuatan gadis berusia 16 tahun itu terbongkar selepas neneknya berusia 54 tahun mensyaki perbuatannya itu sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita itu membuat laporan polis selepas seutas rantai leher dan dua gelang tangan yang disimpan di belakang almari sebuah bilik di rumahnya di  Perkampungan Sungai  Karang Damai di sini  hilang.

Sesulan laporan polis dibuat wanita itu kira-kira jam 9 pagi, pihaknya berjaya menahan gadis terbabit ketika berada di hadapan Balai Polis Kuantan pada hari yang sama.

“Hasil soal siasat, gadis itu  mengaku mencuri barang kemas neneknya dan serahkan kepada teman lelaki untuk di jual di sebuah kedai berhampiran  Pasar Besar Kuantan dengan  harga RM1,000.

“Hasil semakan rekod, gadis itu tidak memiliki rekod lampau bagaimanapun dia ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap gadis itu mendapati dia bebas sebarang pengaruh dadah.

Sinar Harian 24 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment