February 23, 2016

Puncak Gunung Pulai terbakar

Puncak gunung Pulai yang terbakar. FOTO Safuri Kamarudin

Baling: Hutan di puncak Gunung Pulai, di sini, terbakar sejak pagi tadi dan bomba berusaha memadamkan kebakaran itu.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Umrani Che Mat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.43 pagi mengenai kebakaran itu dan jentera pertama tiba 16 minit kemudian.

Menurutnya, kumpulan pertama seramai 30 anggota penyelamat termasuk malim bergegas ke atas puncak gunung itu pada ketinggian 250 meter untuk memadam api.

€œKebakaran itu merebak sehingga tiga hektar dengan empat tompokan asap di puncak gunung berkenaan.

"Usaha peringkat awal dilakukan untuk memadam api itu daripada merebak kira-kira 500 meter daripada penempatan penduduk di kaki gunung itu,”€ katanya.

Umrani berkata, pihaknya juga meminta bantuan Pasukan Khas Unit Udara bomba untuk memadam kebakaran itu.

myMetro 23 Februari 2016


Kebakaran Gunung Pulai masuk hari ketiga

BOMBA memadamkan kebakaran Gunung Pulai. FOTO Safuri Kamarudin

Baling: Usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan malim gunung mengawal dan memadamkan kebakaran di Gunung Pulai seluas 10 hektar masuk hari ketiga, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Yunus Abu berkata, operasi memadam dilakukan dengan pecahan tiga kumpulan anggota penyelamat kerana kesukaran di puncak itu.

"Hasil bantuan penduduk dan malim gunung, kita membina tiga takungan air bagi memadam api,” katanya.

Cuaca panas dan angin kencang turut menyukarkan anggota memadam kerana api merebak dari satu tempat ke tempat lain dan terdapat kebakaran baru di puncak Gunung Pulai menghala ke Gunung Baling, katanya.

Namun, di kawasan pergunungan berhampiran Kampung Padang Cik Mas yang terbakar semalam, api dapat dikawal sepenuhnya dengan bantuan penduduk tempatan, katanya.

Lebih 100 anggota penyelamat termasuk malim gunung terbabit dalam usaha ini.

Anggota penyelamat terpaksa bermalam di puncak untuk mengawal api daripada merebak dan kerana keadaan jalan yang sukar untuk berulang alik turun naik ke gunung itu, katanya.

“Lebih 100 anggota penyelamat termasuk malim gunung yang terbabit terpaks bermalam di puncak untuk mengawal api daripada merebak dan kerana keadaan jalan yang sukar untuk berulang alik turun naik ke gunung itu," katanya.

myMetro 25 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment