February 16, 2016

Pokok tumbang hempap wayar elektrik


POKOK menghempap tiang dan wayar elektrik. FOTO Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Pokok tumbang di Jalan Gombak Lama menghala ke Bentong berhampiran Batu 9 Kampung Salak Tambahan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menghalang kenderaan besar untuk bergerak keluar masuk, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam itu, pokok terbabit turut menghempap tiang dan wayar elektrik utama di kawasan berkenaan dan dilihat membahayakan orang ramai.

Beberapa kereta yang diletak di tepi jalan juga hampir dimusnahkan selepas pokok besar sekitar kawasan itu tiba-tiba tumbang akibat hujan lebat sejak 6 petang tadi.

Beberapa penduduk yang menyedari kejadian terbabit bertindak pantas mengawal lalu lintas berikutan lampu jalan yang mati serta-merta menyebabkan kawasan agak gelap.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk masih menunggu kehadiran pihak Jabatan Pertahanan Awam untuk mengalihkan pokok itu.

myMetro 14 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment