February 3, 2016

Petanda mimpi isteri

ANGGOTA bomba terpaksa memotong pokok dan kerangka pintu belakang kereta bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Kota Tinggi: Seorang kerani kewangan ditemui maut di dalam kereta dipandunya selepas lebih tiga jam terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan Perodua Myvi itu terbabas dan masuk ke paya sedalam empat meter di Kilometer 67 Jalan Johor Bahru - Mersing, dekat sini, pagi, semalam.

Mohd Zubir Mohd Husin, 45, dipercayai terbabit dalam kemalangan itu kira-kira jam 7 pagi sebelum ditemui orang awam jam 10.40 pagi dan masih berada dalam kereta berkenaan dan terikat pada tali pinggang keledar di tempat duduk pemandu.

Menurut bekas jirannya, Junainah Sidek, 49, jam 8.45 pagi semalam, isteri pertama mangsa, Sarimah Abdullah, 49, ada menelefonnya dan menyatakan dia tidak sedap hati kerana baru-baru ini sering bermimpi arwah ibu bapa Mohd Zubir.

Katanya, Sarimah yang rapat dengannya memintanya menjenguk Mohd Zubir di pejabatnya bagi memastikan suaminya hadir bekerja atau tidak.

“Saya yang kemudian mendapat tahu kejadian menimpa Mohd Zubir lalu menelefon rumah keluarganya di FELDA Air Tawar 2, di sini, kira-kira jam 11 pagi bagi memaklumkan mengenai kemalangan itu.

myMetro 3 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment