February 25, 2016

Pesara guru diragut

Machang: Pesara guru wanita kerugian RM3,000 selepas diragut di hadapan rumahnya di belakang Hospital Machang 10.15 pagi semalam.

Sebelum kejadian, Fatnah@Arffah Muhammad, 65, yang sedang membuka pintu pagar rumahnya dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, suspek berpura-pura bertanya mengenai seseorang sebelum menolak mangsa sehingga jatuh dan melarikan beg tangan wanita itu.

Katanya, beg tangan mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai berjumlah RM2,300, dua telefon bimbit, kunci kereta serta kunci rumah dilarikan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

myMetro 24 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment