February 2, 2016

Penuntut kolej maut motosikal terbabas

Nibong Tebal: Lelaki yang juga penuntut kolej berusia 23 tahun, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas di Jalan Kendi, Simpang Ampat, jam 9.00 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, S Perinbasuriyan,23, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Ducati yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di kiri jalan.

"Mangsa dikatakan menunggang motosikal dari arah Bukit Tambun untuk pulang ke rumahnya di Taman Idaman dekat Simpang Ampat, di sini.

"Ketika tiba di satu selekoh berdekatan lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini untuk dibedah siasat.

Difahamkan, mangsa yang belajar di Kolej Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu kini menjalani latihan praktikal di klinik kesihatan dekat Bukit Panchor, di sini yang terletak kira-kira 19 kilometer dari kediaman keluarganya.

myMetro 1 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment