February 23, 2016

Peniaga maut dihempap tong aiskrim

KANGAR - Seorang peniaga aiskrim maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Semadong, di sini pagi, semalam.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Asisten Superintendan Shamsudin Ali berkata, dalam kejadian pada 8.30 pagi di Jalan Semadong-Dato' Kayaman itu, Ha Kim Sang, 51, dari Changlun, Kedah sedang dalam perjalanan untuk berniaga aiskrim.

"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal Honda EX-5nya lalu terbabas ke dalam longkang sedalam dua meter.

"Walaupun cuaca baik, namun jalan di kawasan itu agak berlubang dan kita percaya mangsa maut di tempat kejadian kerana dihempap motosikal yang sarat dengan tong aiskrim," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk dibedah siasat. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kangar, nyaris maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan akibat tayar pecah sehingga terbabas ke dalam parit di Jalan Alor Redis pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Azmi Hamid berkata, dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, Norazah Azilawati Mahusin, 30, dari Tambun Tulang memandu kereta Proton Saga BLM dari arah Simpang Empat menuju ke Kangar.

"Ketika sedang memandu, tayar kereta tiba-tiba meletup dan pecah hingga mangsa hilang kawalan sebelum terbabas hingga terbalik dan memasuki tali air yang hampir kering itu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang melalui kawasan berkenaan," katanya. - Bernama

22 Februari 2016


Peniaga aiskrim maut dihempap motosikal

Ha Kim Sang, 51, maut selepas motosikal dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Jalan Semadong, Kangar. - Foto IHSAN PEMBACA

Kangar: Seorang peniaga aiskrim maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Semadong, di sini, pagi, semalam.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar Asisten Superintendan Shamsudin Ali berkata, dalam kejadian 8.30 pagi di Jalan Semadong - Dato' Kayaman itu, Ha Kim Sang, 51, dari Changlun, Kedah sedang dalam perjalanan untuk berniaga aiskrim.

"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal Honda EX-5nya lalu terbabas ke dalam longkang sedalam dua meter.

"Mangsa maut di tempat kejadian kerana dihempap motosikal yang sarat dengan tong aiskrim," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk dibedah siasat.

myMetro 22 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment