February 22, 2016

Pengsan dipatuk tedung selar

Mangsa yang dipatuk tedung selar kini stabil. FOTO ihsan JPAM

Johor Bahru: Seorang anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pengsan selepas dipatuk tedung selar yang cuba ditangkapnya dalam kejadian di Kampung Singapura Sedili Kota Tinggi kira kira 3 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Tinggi Mohamad Asnizam Tukiman berkata, Mohamad Othman berusia lingkungan 30-an kini dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

"Mangsa dan tiga lagi anggota JPAM cuba menangkap tedung selar berkenaan selepas mendapat aduan daripada penduduk kira-kira 2 petang dan sampai di lokasi pada 2.25 petang.

"Selepas reptilia itu berjaya dijerut mangsa cuba memasukkannya ke dalam sangkar tetapi jari telunjuk kanannya dipatuk.

"Anggota berkenaan masih sedar namun dalam perjalanan menaiki ambulan ke HSI mangsa pengsan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

myMetro 21 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment