February 16, 2016

Penduduk risau pesakit mental bogel berkeliaran

GELAGAT lelaki tidak siuman yang tidak memakai pakaian merisaukan jiran.

Chukai: Tingkah laku Abdul Rahman Husin, 37, yang menghidap masalah mental dan tinggal di pondok di FELCRA Seri Bandi, dekat sini, merisaukan jiran kerana kerap keluar di jalanan tanpa seurat benang.

Difahamkan, Abdul Rahman yang kematian bapa
10 tahun lalu serta ibu dua tahun lalu tinggal di pondok di tepi jalan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Pada masa sama, kakak Abdul Rahman iaitu Fatimah, 43, juga menghidap masalah mental.

Penduduk, Abdullah Ahmad, 35, yang tinggal 10 meter dari pondok berkenaan berkata, gelagat Abdul Rahman membuatkan penduduk kampung kurang selesa.

“Dia tinggal di pondok itu pada sebelah malam dan pagi. Pada waktu petang, dia keluar dan berjalan-jalan di kawasan sekitar dalam keadaan bogel.

“Kami sekeluarga tidak berani menegurnya kerana ada waktu tertentu dia mengamuk apabila ditegur,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah berharap pihak berkaitan melakukan sesuatu seperti menempatkan Abdul Rahman di pusat rawatan mental.

Mengenai makan minum Abdul Rahman, Abdullah berkata, saudara terdekat lelaki terbabit sering membawa makanan yang diletakkan di dalam pondok berkenaan.

“Ada ketikanya saya kasihan melihat dirinya, namun tidak berani mendekati Abdul Rahman kerana dia pernah mengacukan parang kepada saya.

“Rakan saya pernah ditumbuk kerana meminta Abdul Rahman memakai kain dan tidak berbogel,” katanya.

myMetro 14 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment