February 2, 2016

Pemandu wanita selamat kenderaan jatuh gaung

KEADAAN kenderaan mangsa yang terjunam dalam gaung.

Wanita berusia 34 tahun selamat walaupun kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung setinggi 10 meter sebelum terbalik di dalam kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ukay Perdana dekat sini, jam 10 malam kelmarin.

Mangsa dikatakan baru memasuki simpang Jalan Ukay Perdana 4 sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tembok penghadang jalan.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Tawfik, 41, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang Toyota Hilux terbabit.

“Selepas melanggar tembok, Toyota Hilux itu terjunam ke dalam gaung. Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan pacuan empat roda itu mungkin hilang kawalan akibat jalan licin.

“Saya dan beberapa pengguna jalan raya turun ke kaki bukit untuk membantu mangsa,” katanya.

myMetro 2 Feb 2016



0 comments:

Post a Comment