February 16, 2016

Pemandu maut, murid cedera

KEADAAN van sekolah yang terbabas di Jalan Liku, Kongsi 10, Tawau sehingga mengorbankan pemandunya. FOTO ihsan pembaca

Tawau: Pemandu van sekolah maut manakala lima murid cedera selepas van berkenaan terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di Jalan Liku, Kongsi 10, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.20 pagi itu, Abdul Rahman Osman, 52, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lima murid berkenaan dihantar ke Hospital Tawau untuk dirawat.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati van yang membawa lima murid dan seorang ibu murid dalam perjalanan dari Batu 4 Jalan Apas menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian bas berkenaan terbabas ke kanan jalan di laluan bertentangan sebelum terhumban ke dalam parit.

"Menurut murid yang duduk di bahagian hadapan, sebelum kejadian, pemandu van dikatakan tiba-tiba tertidur menyebabkan van dipandu hilang kawalan," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

myMetro 15 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment