February 22, 2016

Pemandu BMW nyaris rentung

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran membabitkan sebuah kereta mewah.

RANTAU ABANG - Seorang pemandu kereta mewah nyaris maut apabila kenderaan dinaikinya terbakar dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi, kereta dipandu lelaki dipercayai dalam perjalanan dari Marang ke Kerteh itu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila pemandu sempat keluar dari kenderaan dan menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.46 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Satu pasukan bomba dan jentera dikejarkan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran. Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta sedang terbakar dan pasukan bomba berjaya memadam kebakaran menggunakan satu aliran hose reel," katanya.

Menurutnya, kemusnahan kenderaan itu adalah seratus peratus dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sinar Harian 22 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment