February 22, 2016

Panik anak masuk rumah

ANGGOTA bomba memeriksa dapur rumah mangsa yang terbakar.

Melaka: Seorang ibu kepada empat anak nekad masuk ke dalam rumahnya yang dipenuhi asap hitam akibat kebakaran pada bahagian dapur semata-mata mahu menyelamatkan seorang daripada kanak-kanak terbabit yang tiba-tiba meluru masuk semula ke dalam kediaman itu.

Dalam kejadian di Taman Tanjung Minyak Jaya, di sini, jam 10.45 malam, kelmarin, mangsa yang tidur menyedari dapur rumahnya terbakar selepas mendengar bunyi bising.

Dia kemudian bergegas menyelamatkan empat anaknya, namun secara tiba-tiba seorang daripada kanak-kanak terbabit meluru masuk semula ke dalam rumah menyebabkan wanita itu panik seketika.

Jiran mangsa, Mazlan Seman, 40, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakan minum di gerai kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian sebelum dikejutkan dengan bunyi bising.

Menurutnya, keadaan bertukar cemas apabila anak ketiga mangsa berusia enam tahun tiba-tiba masuk semula ke dalam rumah dipenuhi asap hitam selain api dari bahagian dapur marak.

“Walaupun dihalang, wanita itu nekad masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan anaknya dan mujur dia ternampak anaknya di ruang tengah dan membawanya keluar,” katanya.

myMetro 21 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment