February 22, 2016

Meninggal ketika perlawanan bola sepak


Kluang: Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor meninggal dunia ketika aksi persahabatan antara pasukan veteran dan Kelab Bola Sepak Setulang di Stadium Kluang kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Sarjan Radin Masuning, 52, pada mulanya hanya sebagai penjaga garisan sebelum masuk bermain menggantikan seorang pemain pasukannya pada separuh masa kedua.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, selepas bermain kira-kira 25 minit, Radin berehat dan sempat meneguk minuman sejuk yang disediakan sebelum rebah akibat sesak nafas.

"Pasukan perubatan yang dikejarkan ke stadium mengesahkan Radin meninggal sebelum mayat dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBJKK) Kluang untuk bedah siasat," katanya.

Muhamad berkata, pengurusan jenazah dilaksanakan Jabatan Agama Kluang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai untuk pengebumian tengah hari tadi.

myMetro 21 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment