February 3, 2016

'Menantu hantu'

Kajang: Seorang lelaki layak digelar ‘menantu hantu’ apabila sanggup mencederakan bapa mentuanya dalam kejadian di Taman Sakap, di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.30 malam, lelaki berusia 33 tahun itu pada mulanya mengamuk di depan rumah bapa mentuanya sebelum menceroboh ke rumah berkenaan.

Difahamkan, suspek yang dalam proses penceraian itu menjerit memanggil isterinya sebelum dia dihalang oleh bapa mentuanya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek yang berang kerana dihalang untuk berjumpa anak perempuannya bertindak agresif dengan memukul warga emas itu.

"Suspek memukul mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata dan turut mengugut mangsa.

"Dia (suspek) berkata, akan kembali untuk mengapa-apakan keluarga berkenaan. Mangsa yang takut dengan ugutan itu membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Bagaimanapun, suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang beberapa jam selepas polis meminta dia (suspek) berbuat demikian," katanya.

Susulan itu, suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan tanpa menggunakan senjata dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

myMetro 2 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment