February 20, 2016

`Member' pasang radio kuat sangat

FOTO Hadzlihady Hassan

Perai: Lelaki Myanmar maut ditikam rakannya dalam satu pergaduhan di rumah teres dua tingkat di Taman Mas, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemui mati dengan dua kesan tikaman di badan dalam kejadian kira-kira 1 petang.

Menurut sumber, kejadian berpunca kerana mangsa memasang radio dengan kuat ketika rakannya itu sedang tidur.

"Suspek yang marah kemudian mengambil pisau dan menikam badan mangsa sebelum malarikan diri. Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 20 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment