February 13, 2016

Mekanik maut, tangan terputus

MOHD Firdaus. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Mekanik maut dan putus tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Palong 7&8, berhampiran FELDA Palong 8, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa, Mohd Firdaus Othman menunggang motosikal dari FELDA Palong Lapan untuk pulang ke rumah di FELDA Palong Empat.

Katanya, dalam perjalanan itu kereta Toyota Altis dari Muadzam Shah yang berada di laluan bertentangan memotong beberapa kenderaan di hadapan dan memasuki laluan berbeza.

"Kereta terbabit tidak sempat masuk ke laluan asal dan merempuh motosikal mangsa.

"Mangsa tercampak sejauh tujuh meter di atas jalan dan dilenyek kereta Proton Wira.

"Akibatnya, Mohd Firdaus maut di lokasi dan putus tangan kanan," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Jempol, di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan1987.

myMetro 11 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment