February 14, 2016

Mayat remaja hilang 4 hari ditemui





UNIT Selam Skuba JBPM negeri menaikkan mayat, Mohammad Firdaus yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu di Sungai Kerayong.

Mohammad Firdaus Adam, 18, yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui lemas di Sungai Kerayong, berhampiran Kampung Mambang dekat sini, jam 8.17 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab Kamaruddin Mohd Saufi berkata, mayat Mohammad Firdaus ditemui anggota Unit Selam Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.

“Kami terima laporan mengenai kehilangan mangsa jam 4 petang Rabu lalu daripada bapanya. Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjun daripada jambatan kampung berkenaan.

“Sebaik menerima laporan, kami melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan enam anggota Unit Selam Skuba dan empat anggota Unit Bot Penyelamat selain dibantu penduduk kampung,” katanya.

Kamaruddin berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) untuk dibedah siasat.

myMetro 14 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment