February 1, 2016

Mayat lelaki terdampar di pantai Labuan


Mayat seorang lelaki ditemui terapung di pantai berhampiran marina, pagi tadi.

LABUAN  -  "Mayat seorang lelaki dijumpai terdampar di pantai berhampiran marina di sini hari ini," kata pihak polis.

Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, mayat itu dijumpai orang lalu-lalang, yang kemudian membuat laporan polis.

"Kami percaya lelaki berkenaan mati lemas kerana tiada kecederaan pada mayatnya," katanya.

Adzhar meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil untuk membuat pengecaman. - Bernama

27 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment