February 16, 2016

Mayat lelaki ditemui terapung

MAYAT lelaki yang sudah membengkak ditemui di kawasan Jeti Sungai Bukit Palong, Lukut. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Mayat lelaki dewasa tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Bukit Palong, di sini, 10.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, mayat terbabit ditemui penternak udang galah yang melalui jambatan di sungai berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki terbabit lengkap memakai baju-T hitam dan berseluar jeans serta sudah membengkak dan dipercayai meninggal dunia lebih empat hari lalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis perlu menunggu proses bedah siasat esok bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian sama ada dibunuh atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk proses pengecaman.

myMetro 14 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment