February 13, 2016

Mayat jumpa di sawah

Anggota bomba ketika operasi pencarian di tali air. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Pasir Mas: Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas dalam tali air di Kampung Binjai, Bunut Susu, di sini ditemui pada 1.15 tengah hari tadi, selepas lima jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Mangsa, Mohamad Danish Zulkifli, 14, bagaimanapun ditemui dalam sawah kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dekat tebing tali air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Mohamad Nazri A Wahab berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian.

"Orang awam melihat objek seperti tangan dalam sawah dan memaklumkan kepada anggota sebelum pencarian diteruskan di kawasan itu.

"Ia didapati mangsa yang dikhuatiri lemas itu dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

Mohamad Danish sebelum ini dikhuatiri lemas selepas kali terakhir dilihat penduduk kampung pada 2 petang semalam di kawasan tebing tali air itu.

myMetro 11 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment