February 25, 2016

Maut tersepit skylift

Mohd. Amin Wahip

SUNGAI BULOH – Seorang buruh binaan maut selepas tersepit pada skylift ketika melakukan kerja pembinaan di tapak projek stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kota Damansara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mang­sa Mohd. Amin Wahip, 25, dikatakan sedang memasang kerangka besi pada bumbung MRT berkenaan.

Bagaimanapun, akibat kerosakan pada sistem hidraulik, jentera berat itu tidak dapat dikawal sehingga ia bergerak sendiri menghala ke atas menyebabkan mangsa tersepit di antara skylift dengan bumbung MRT itu.

Mangsa yang berasal dari Sandakan, Sabah itu mening­gal dunia di lokasi kejadian akibat patah leher.

Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.41 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang tiba 15 minit kemudian.

Kosmo 25 Feb 2016


Maut tersepit

MANGSA yang maut tersepit. FOTO ihsan Bomba

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 25 tahun maut akibat tersepit di bakul ‘skylift’ yang mengalami kerosakan pada sistem hidraulik di pusat pembinaan MRT Stesen 4, Kota Damansara, 2.30 petang tadi.

Mangsa, Mohd Amin Wahip, 25, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan selepas tersepit di bakul itu.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.41 sebelum mengerahkan sebuah jentera dan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, mangsa didapati tersepit pada bakul ‘skylift’ dan anggota bomba terpaksa menggunakan alat hidraulik untuk membuka besi yang menghempap mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di lokasi kejadian untuk memberi bantuan," katanya.

myMetro 24 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment