February 23, 2016

Maut terjatuh dari dek kapal

Mayat mangsa diusung untuk dibawa ke Hospital Seri Manjung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Lumut: Lelaki warga Filipina maut selepas terjatuh dari dek kapal pada ketinggian 13 meter dalam kejadian kira-kira 6 batu nautika dari Jeti Syarikat Vale, Teluk Rubiah, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, Magtahas Anecito Bahian, 44, bekerja di atas kapal MV Necklace terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menerima panggilan kecemasan pada 2.49 petang sebelum ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan syarikat berkenaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kapal dan dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 22 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment