February 8, 2016

Maut tak sempat potong

FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Akibat gagal memotong kenderaan dihadapan, seorang lelaki terbunuh selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan di Kilometer 7, Jalan Bahau-Rompin, berhampiran Kuil Ladang Senama, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 8 malam, mangsa, J Thomas, 35 menunggang motosikal EX5 dari Pekan Bahau menuju ke rumahnya di Taman Seri Rompin, di sini.

Katanya, dalam perjalanan itu, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta dipandu perlahan namun gagal menyebabkannya memasuki laluan bertentangan.

"Disebabkan itu, motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di laluan berbeza yang ketika itu dipandu dari Rompin menuju ke Bahau," katanya.

Noorzainy berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak sejauh 30 meter di atas jalan dan parah di bahagian kepala serta badan.

"Lelaki itu yang juga penganggur maut di lokasi kejadian. Pemandu kereta jenis Fiat itu pula sekadar cedera ringan," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Jempol, di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 8 Feb 2016


Maut tak sempat potong kereta

Kemalangan yang berlaku di Jalan Bahau-Rompin mengorbankan seorang penunggang motosikal.

BAHAU - Akibat gagal memotong kenderaan di hadapan, seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan di Kilometer 7, Jalan Bahau-Rompin, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 8 malam itu, mangsa, J Thomas, 35, menunggang motosikal Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan anggota badan.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta dipandu perlahan namun gagal menyebabkannya memasuki laluan bertentangan.

“Disebabkan itu, motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta jenis Fiat di laluan berbeza yang ketika itu dipandu dari Rompin menuju ke Bahau. Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah tercampak sejauh lebih kurang 30 meter," katanya.

Noorzainy berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jempol untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Sekyen 41(1) APJ 1987," katanya.

Sementara itu, penduduk yang juga Ketua Kampung Tanah Panjis, Tea Kieu Chai berkata, dia melalui lokasi kemalangan semasa dalam perjalanan menghala ke pekan Bahau.

"Saya hanya mampu kawal trafik sementara menunggu polis tiba.

"Keadaan jalan di laluan ini agak beralun dan berbukit-bukit. Justeru itu, saya berharap orang ramai akan lebih berhati-hati ketika memandu," katanya.

Sinar Harian 9 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment