February 18, 2016

Maut motosikal dilanggar kereta

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 64 tahun maut selepas motosikal ditunggang dilanggar kereta ketika membuat pusingan U di Jalan Kuching, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku arah Kepong menghala Bulatan Segambut.

"Kejadian berlaku ketika motosikal dinaiki mangsa membuat pusingan U dan kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 21 tahun tidak sempat menekan brek, lalu menyebabkan mangsa dilanggar.

"Mangsa yang cedera di kepala maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi satu kenyataan.

myMetro 17 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment