February 22, 2016

Maut diseret 60 meter

Motosikal mangsa yang melekat pada kereta yang melanggarnya.

Sungai Petani: Seorang lelaki maut apabila diseret sejauh 60 meter oleh sebuah kereta di Jalan Lencongan Barat, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 1.50 pagi apabila Mohd Faiz Sheikh Abdul Rahim, 32, yang menunggang motosikal dari arah Bandar Laguna Merbok, dekat sini, sebelum dirempuh oleh sebuah kereta menyebabkan mangsa terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa cedera parah di kepala dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta berusia 21 tahun bersama seorang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa berasal dari Taman Delima, di sini, kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

myMetro 21 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment