February 29, 2016

Mangsa bot terbalik selamat ditemui

Kota Bharu: Dua lagi mangsa bot terbalik dekat perairan Tok Bali ditemui selamat di tepi pantai Pantai Irama, Bachok, petang tadi.

Dua mangsa berkenaan dikenali Chen, 27, dan Choi, 35, ditemui terdampar di pantai berkenaan.

Mangsa dipercayai berenang untuk menyelamatkan diri sebelum ditemui selamat.

Bot nelayan dengan nombor pendaftaran tempatan itu terbalik dekat perairan Tok Bali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Muhammad Khairu Yusoff berkata, setakat ini empat mangsa sudah ditemui.

" Usaha mencari seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan," katanya.

myMetro 28 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment