February 8, 2016

Mangsa banjir di Tangkak meningkat


Tangkak: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 64 orang selepas 24 penduduk Kampung Seri Maamor dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Agama Jalan Naib Long, dekat sini, petang tadi, menjadikan dua pusat banjir beroperasi di daerah ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ledang Suhaila Omar berkata, pusat pemindagan kedua itu dibuka pada 2.30 petang selepas banjir melanda rumah mangsa.

"Melihat keadaan itu, anggota dan pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memindahkan semua penduduk berkenaan.

"Kami sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua mangsa banjir dan menasihatkan orang ramai supaya berpindah apabila diarahkan.

"Pada masa sama, pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sialang masih beroperasi dan menempatkan 60 penduduk Kampung Seberang Gajah dan Kampung Sialang," katanya.

myMetro 7 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment