February 8, 2016

Lemas mandi kolam tadahan

Anggota bomba ketika mencari mangsa. FOTO ihsan bomba

Batu Pahat: Budak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas 6 petang tadi selepas mandi di kolam tadahan di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Noriman Nasrul Rozi berasal dari Kampung Parit Amir, Yong Peng mandi bersama rakannya di situ sebelum lemas.

Katanya, kolam itu adalah tadahan untuk nurseri pokok yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seth dan ketika mangsa lemas, rakannya melarikan diri.

"Pada 3.40 petang mangsa mandi bersama rakannya di lokasi kejadian dan kira-kira 4.35 petang seorang individu melaporkan terdapat kes lemas di kawasan itu.

"Operasi mencari menyelamat dilakukan dan mayat mangsa dijumpai di lokasi kejadian pada 6 petang oleh anggota bomba," katanya.

myMetro 7 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment