February 23, 2016

Lelaki separuh bogel ditemui mati berhampiran parit


Lelaki separuh bogel ditemui mati berhampiran parit

RANTAU PANJANG - Seorang pemuda ditemui mati oleh pencari lebah di Kampung Gual Jering Bukit Tuku, dalam keadaan separuh bogel, jam 8.55 pagi tadi.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, pemuda warga tempatan dalam lingkungan 30-an ditemui berbaju t-shirt warna hijau, tanpa seluar dalam keadaan terlentang berdekatan parit air dekat sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala namun belum boleh dipastikan sama ada diklasifikasikan sebagai kes bunuh atau sebaliknya.

"Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas dan ia hanya dapat disiasat selepas bedah siasat dijalankan," katanya.

Sinar Harian 23 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment