February 19, 2016

Lelaki maut motosikal ditunggang langgar bas ekspres

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3 Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, Md Zukir berkata Lim Veay Soon, 43, dari Taman Sinar Intan di sini meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

Katanya kemalangan jam 3.45 pagi itu berlaku semasa bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani bagi menurunkan penumpang di stesen bas Sungai Petani.

"Pemandu bas melihat penunggang motosikal itu keluar dari simpang kiri jalan secara melulu menghala ke arah Kuala Ketil dan berada di lorong bas.

"Pemandu bas cuba mengelak ke kanan jalan tetapi motosikal itu bergerak laju ke arah bas, jarak yang terlalu dekat menyebabkan bas melanggar bahagian hadapan motosikal," katanya kepada pemberita, hari ini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

19 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment