February 10, 2016

Lelaki maut dilanggar lari

JENAZAH mangsa dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dikebumikan. FOTO Mohd Zulkifli Zainuddin

Pasir Mas: Seorang lelaki yang menghidap masalah mental ditemui maut di tepi jalan dipercayai dilanggar lari di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, di Taman Tengku Anis di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Mohd Sudirman Abdullah, 37, yang berjalan seorang diri dipercayai dilanggar kenderaan.

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan badan sebelum dihantar ke Hospital Pasir Mas, di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi berkata, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan kenderaan yang melanggar mangsa.

"Polis turut meminta saksi tampil memberi maklumat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 9 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment