February 29, 2016

Lelaki gantung diri dalam bilik air

Tasek Gelugor: Tertekan dengan masalah peribadi, seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah di Sungai Dua, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun di temui tergantung di bilik air tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, lelaki berkenaan berseorangan ketika kejadian sebelum ahli keluarganya yang datang ke rumah menemui mayatnya tergantung di dalam bilik air.

Katanya, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi sebelum mengambil keputusan membunuh diri.

Beliau berkata, ahli keluarga mangsa kemudian menghubungi pihak berkuasa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi tindakan selanjutnya,” katanya di sini, semalam.

myMetro 28 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment