February 19, 2016

Kerandut terkoyak

Endau: Kanak-kanak lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan pagi tadi menggunakan kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akibat kecederaan pada kerandut zakarnya.

Misi membantu membawa kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mengambil masa sejam dari Pulau Tioman ke Jeti Marina Tanjung Gemuk di sini, menggunakan Kapal KM Tatau.

Dia yang ditemani ibunya, 39, tiba ke jeti pada 9.50 pagi sebelum pembedahan terhadap buah zakarnya yang hampir terkeluar dilakukan doktor hospital berkenaan.

Ibunya berkata, kejadian menimpa anaknya itu selepas kanak-kanak itu mendakwa sakit pada kantung zakarnya akibat terjatuh di Pulau berkenaan kira-kira 5 petang semalam.

"Bagaimanapun perkara itu dimaklumkan anak dua jam kemudian sebelum mendapatkan rawatan ke klinik di situ," katanya.

Pihak klinik pula tidak dapat melakukan sebarang proses pembedahan, selain memberikan ubat tahan sakit dan dibawa ke HTAA, Kuantan.

myMetro 19 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment