February 11, 2016

Kejang otot panjat pokok petai


Gombak: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila mengalami kekejangan otot ketika menuruni pokok petai di Kampung Sungai Pusu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa Haizal Ipzul Latip Mohammad, 28, dikatakan ingin menebang pokok petai setinggi 12 meter yang berada di lokasi kejadian untuk pembinaan surau.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.32 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi.

Menurutnya, mangsa dikatakan tidak mempunyai masalah ketika memanjat pokok itu.

“Salah seorang rakan mangsa mendakwa, selepas dia (mangsa) mengikat tali di pokok berkenaan, kaki mangsa dipercayai tiba-tiba mengalami kekejangan,” katanya.

Katanya, pihak bomba mengambil masa lima minit untuk menurunkan mangsa.

myMetro 10 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment