February 11, 2016

Kedai barangan elektrik terbakar


KEDAI elektrik dan perabot yang terbakar, malam tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Mercun dinyalakan penduduk dipercayai punca pemilik kedai barangan elektrik dan perabot kerugian RM200,000 apabila premisnya di Titi, di sini terbakar, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Shahrul Nizam Abd Rahim berkata, dalam kejadian 9 malam itu, pemiliknya, Wong Ko Chai, 60, berada di rumah anaknya di Seremban untuk makan besar sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, ketika itu berlaku kebakaran dan dipercayai akibat tindakan penduduk kawasan itu bermain mercun.

"Api daripada bahan letupan dipercayai terjatuh di premis terbabit menyebabkan kedai elektrik itu terbakar," katanya namun ia masih disiasat.

Menurutnya, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan 9.02 malam bergegas ke lokasi dan memadam kebakaran pada 10.30 malam.

Katanya, bagaimanapun premis itu musnah 80 peratus.

myMetro 10 Feb 2016


0 comments:

Post a Comment