February 22, 2016

Kebakaran belukar musnahkan rumah

Rumah yang terbakar petang tadi. FOTO Mohd Rizal Abdullah

Miri: Rumah tanpa penghuni di Kampung Masjid, Kuala Baram, di sini, musnah terbakar berpunca daripada kebakaran belukar yang merebak, 3 petang tadi.

Ketua kampung Yusree Zainuzzaman berkata, belukar di kawasan berkenaan terbakar sejak 12 tengah hari sebelum merebak dan membakar rumah itu.

Katanya, selain penduduk kampung, anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Lopeng turut memadam kebakaran itu.

"Sehingga kini, anggota bomba dan penduduk masih memantau bagi mengelak kebakaran belukar itu merebak ke rumah penduduk lain," katanya

Sebelum ini, seluas 80 hektar belukar di Kuala Baram terbakar pada petang Jumaat lalu.

Kebakaran itu mengakibatkan asap tebal sehingga 30 kilometer ke bandar raya Miri.

myMetro 21 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment