February 16, 2016

Jumpa mayat dalam guni

FOTO ihsan pembaca

Bestari Jaya: Mayat yang dibungkus dalam guni ditemui dalam lombong tinggal berhampiran Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, petang tadi.

Mayat yang terapung itu ditemui kaki pancing ketika memancing di kawasan lombong itu kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Mereka kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mayat berkenaan dibungkus dari kepala hingga paras pinggang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat terbabit.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti identiti dan punca kejadian.

myMetro 13 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment