February 19, 2016

JKM cari waris kanak-kanak lelaki

Muhammad Haiqal Haqimie

BATU PAHAT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini mencari waris kanak-kanak lelaki, Muhammad Haiqal Haqimie berusia 3 bulan yang dijumpai di Masjid Kampung Sungai Tongkang, Rengit, November tahun lalu.

Pegawai JKM Daerah, Adnan Md Yassin berkata, bayi terbabit yang dipercayai ditinggalkan di masjid berkenaan, kini berada di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor untuk perlindungan sementara di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak.

"Sehingga kini masih tiada individu atau waris yang menuntut kanak-kanak tersebut," katanya.

Justeru katanya, orang ramai yang mengenali waris kanak-kanak tersebut diminta menghubungi Pejabat JKM daerah Batu Pahat menerusi talian 07-434 1377 atau datang sendiri ke pejabat JKM daerah  di Jalan Penjaja.

Sinar Harian 18 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment