February 19, 2016

Jiran lelaki maut dibelasah ditahan

Batu Pahat: Lelaki berusia 43 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan membelasah jirannya yang meninggal dunia selepas empat hari dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Suspek ditahan sekitar 11 pagi selepas didakwa memukul jirannya bertalu-talu di badan dan muka selepas mereka bergaduh di hadapan rumah mangsa, 11.45 pagi di Taman Sri Jaya, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang menerima rawatan di HSA, Johor Bahru itu bagaimanapun meninggal dunia pada 8.30 pagi semalam.

"Sejurus menerima laporan daripada anak mangsa berusia 39 tahun berhubung kematian ayahnya, polis menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) hingga Rabu depan.

"Punca kematian disebabkan pendarahan serius di usus dan kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam," katanya.

myMetro 18 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment