February 3, 2016

Hukuman mati untuk pembunuh

Shah Alam : Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh remaja lelaki berusia 17 tahun di Taman Puchong Indah, Subang Jaya, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu terhadap M Thinagaran, 28, itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes berkenaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Nasfy berkata, keterangan tertuduh bersifat penafian dan diada-adakan semata-mata.

Seramai 11 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil bagi memberi keterangan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati bersalah membunuh K Mugilan, 17, dalam kejadian jam 9.30 malam bertarikh 16 Mac 2011 di alamat No 18. Jalan Dahlia Satu, Taman Puchong Indah, Subang Jaya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Asyraf Md Kamal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 3 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment