February 23, 2016

Hati celik dalam gelita

MOMAMED Zaki mengajar membaca menggunakan al-Quran Braille.

Kuala Nerus: “Pengalaman bergelar pendidik selama 28 tahun mendorong saya untuk mencurahkan ilmu walaupun dalam suasana yang amat berbeza. Sebelum menjadi guru mengajar al-Quran di sini, saya ialah seorang guru yang mengajar subjek Sejarah di dua sekolah menengah,” kata Momamed Zaki Ismail, 64, ketika ditemui di Pusat Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Timur.

Dia yang buta sejak kecil, mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belara dari 1980 hingga 1983 dan SMK Ibrahim Fikri dari 1984 hingga 2008.

Katanya, selepas memilih untuk bersara pada usia 56 tahun, dia berhajat untuk menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana, tetapi mengubah haluan dengan mendalami ilmu al-Quran.

“Saya mengambil masa tiga tahun untuk mendalami dan menguasai ilmu al-Quran termasuk menuntut di Institut Al-Quran Terengganu (IQ) dan di PERTIS, Seberang Takir, sebelum dilantik menjadi tenaga pengajar di sini.

“Ketika mengajar di sekolah, pelajar saya semuanya celik penglihatan, tetapi di sini (PERTIS) situasi berbeza kerana mereka pelajar cacat penglihatan yang senasib dengan saya.

myMetro 23 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment