February 1, 2016

Hanya sekolah 3 minggu

Ros Azlina bersama dua anaknya di depan rumah.

Bagan Serai: Seorang ibu tunggal yang menetap di Jalan Bukit Merah, Changkat Lobak, di sini memberhentikan persekolahan anaknya berusia tujuh tahun kerana kesempitan hidup.

Ros Azlina@Noraini Mohamad Naser, 31, berkata, dia menamatkan persekolahan anak sulung yang baru memasuki tahun satu di sekolah rendah berhampiran kerana tiada sumber pendapatan selepas diberhentikan kerja dua bulan lalu selain perlu menanggung seorang lagi anak serta ibu uzur.

Ros Azlina berkata, suami pertamanya, Abdullah pulang ke Thailand tujuh tahun lalu selepas menceraikannya sebaik melahirkan anak sulung Nur Damia Syifa, 7.

Katanya, dia kemudian berkahwin lagi, namun perkara sama berlaku apabila suami kedua, Ibrahim Mat Desa, 51, juga menceraikannya pada Oktober 2014, sebaik dia melahirkan anak kedua Mohamad Aidil Adha, setahun tiga bulan.

“Sejak itu saya tinggal dengan ibu berusia 80 tahun bagi menjaga dua anak di rumah ini dengan sewa RM180 sebulan.

myMetro 1 Feb 2016



0 comments:

Post a Comment