February 20, 2016

Guru didakwa tampar 11 murid

KOTA KINABALU – Akibat tidak menyiapkan latihan kerja rumah, 11 orang murid tahun empat di sini didakwa ditampar pipi oleh guru mereka dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kota Belud dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi Selasa lalu, hukuman itu dipercayai dilakukan oleh seorang guru lelaki berusia 50 tahun itu dalam bilik darjah.

Berikutan insiden tersebut, salah seorang kakak kepada murid berkenaan telah memuat naik status mengenai tindakan guru tersebut di laman Facebook.

Antara isi kandungannya, murid berkenaan didakwa bukan sahaja ditampar malah diterajang, dicekik dan dihentak kepala mereka di atas meja.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Abdul Bakrin Mohd. Yusof (gambar kecil) berkata, pihaknya telah memang­gil dan mendapatkan keterangan daripada guru dan murid yang terlibat berhubung isu tersebut.

Kosmo 20 Feb 2019

0 comments:

Post a Comment