February 25, 2016

Guna jengkaut cabut mesin ATM

JENGKAUT yang digunakan ditinggalkan di hadapan bank. FOTO ihsan pembaca

Kuala Selangor: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan penjenayah menggunakan jengkaut di Bestari Jaya di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, suspek dikatakan menggunakan kabel untuk mencabut mesin ATM di dalam bank berkenaan.

Sumber berkata, suspek kemudian memindahkan dua mesin berkenaan ke pacuan empat roda sebelum melarikan diri.

Katanya, jengkaut yang digunakan kemudiannya ditinggalkan di hadapan bank.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

myMetro 25 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment