Bayan Lepas: Lelaki warga Myanmar maut dipukul rakan sekerja di tapak pembinaan sebuah kondominium di Kampung Batak, Relau, di sini, malam tadi.
Mangsa berusia lingkungan 20-an ditemui terbaring dengan kesan darah dikepala dipercayai dipukul objek tumpul, dalam kejadian 11.30 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata siasatan awal mendapati mangsa bergaduh dengan beberapa rakan sekerjanya.
Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui punca pergaduhan itu.
"Kita difahamkan ketika kejadian mereka semua mabuk. Sehingga ini, polis masih memburu semua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
myMetro 21 Februari 2016
Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
-
Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat
singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa
tu...
21 hours ago
0 comments:
Post a Comment