February 28, 2016

Fluffy pengganti awek

AFIQ Shazwan membawa Fluffy bersiar-siar dengan menaiki motosikal di sekitar Shah Alam.

Shah Alam: Jika mat motor mengusung ‘awek’ atau teman wanita namun lain pula bagi Afiq Shazwan On, 23, yang menjadikan seekor kucing sebagai penumpangnya sejak sembilan bulan lalu.

Afiq berkata, hubungannya dengan kucing diberi nama ‘Fluffy’ itu bermula sejak haiwan berkenaan lahir 14 bulan lalu di rumah keluarganya di Ipoh, Perak.

Katanya, dia hanya meminati haiwan itu namun tidak pernah terdetik untuk membelanya sendiri kerana beranggapan dia tidak mempunyai masa bersama haiwan manja itu.

Bagaimanapun, Fluffy, kucing jantan baka Mainecoon yang mempunyai perwatakan berbeza dengan kucing sejenisnya berjaya menambat hati Afiq untuk membawanya pulang ke rumah sewanya di Bukit Tinggi, Klang.

“Memang, ketika itu saya baru putus cinta dan selepas melihat keletah Fluffy, saya minta izin bapa untuk membelanya di sini supaya dapat mengurangkan rasa sedih akibat cinta yang putus di tengah jalan.

myMetro 27 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment