February 22, 2016

Empat sekeluarga maut dalam kemalangan


KEADAAN kereta Perodua Viva dinaiki empat sekeluarga yang maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Teluk Intan-Lumut semalam.

TELUK INTAN – Empat sekeluarga maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Teluk Intan-Lumut semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pemandu kereta berkenaan, Noh @ Mat Noh Abdul Hamid, 64, isterinya, Noriah Hashim, 60, anak pasangan berkenaan, Nurul Afiqah, 18, serta sepupunya Intan Safinaz Razali, 18, maut di tempat kejadian.

Menurut salah seorang saudara kepada keluarga berkenaan, Jamaludin Baharudin, 37, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Felcra Changkat Lada, Seberang Perak selepas mengambil Nurul Afiqah yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Intan Safinaz dari sebuah sekolah memandu di Teluk Intan.

“Dalam perjalanan pulang, saya difahamkan kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah bertentangan yang gagal memotong kenderaan lain di hadapannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Pemandu Toyota Hilux terbabit turut mengalami kecederaan selepas tersepit di tempat duduk kenderaan itu yang terbalik di bahu jalan.

Kosmo 22 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment