February 8, 2016

Empat pendaki terkandas selamat


ANGGOTA bomba dan JPAM mengusung seorang daripada empat pendaki yang cedera. FOTO ihsan bomba

Kuala Lumpur: Empat pendaki yang terkandas selepas dua rakannya cedera di Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor, berjaya dibawa turun dengan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, dalam kejadian jam 11.58 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan empat pendaki di hentian Batu Tedung terkandas selepas dua rakannya cedera di bahagian kaki.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bomba dari Kuala Kubu Bharu bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikerahkan bagi misi bantuan khas bagi menyelamatkan empat mangsa berkenaan.

"Bomba berjaya menemui mereka di Hentian Batu Tedung, di mana dua lelaki mengalami kecederaan di kaki berusia 29 dan 30 tahun.

"Manakala dua rakannya kepenatan selepas membantu membawa mangsa turun.

"Semua mangsa di bawaturun pada jam 2.35 pagi tadi dan mereka dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

myMetro 8 Feb 2016


0 comments:

Post a Comment